KALAU dah namanya selebriti, setiap inci perlakuan mahupun penampilan akan jadi perhatian netizen yang bersedia untuk menghampurkan kritikan andai ada perkara tak sedap di mata mereka.
Haa… itulah realiti yang terpaksa ditelan oleh salah seorang artis terkenal Malaysia, Rozita Che Wan.
BERKAITAN: Alhamdulillah… Rozita Che Wan Kini Sudah Berhijab
Tak lekang dek isu sensasi, Che Ta yang kini sudah berhijab sekali lagi terpaksa menghadapi isu remeh apabila foto yang dimuatnaik di laman Instagram peribadi jadi bahan kritikan.
Gara-gara telekungnya nampak terlampau cantik dan mewah, ada segelintir individu membuat andaian bahawa ia tidak sesuai digunakan ketika beribadat kerana ditakuti menimbulkan riak. Amboi, macam dia pulak Che Ta, kan?
Tak berdiam diri, Che Ta membalas kritikan negatif dengan ‘tembakan’ tepat berbunyi:
“Tak kan lah pakai cantik-cantik untuk photoshoot ja… Buat ibadat tak boleh ka nak elok…”
Jika difikirkan, betul juga pandangan peribadi Che Ta bahawa kalau seseorang boleh berhabisan duit untuk membeli pakaian mahal semata-mata untuk perayaan mahupun menghadiri majlis, apa salahnya berbuat sama ketika menghadap Ilahi.
Sementelah, telekung tersebut merupakan hadiah dari kenalan Che Ta. Takkan nak simpan di rumah semata-mata kerana terlalu cantik, kan?
Sabar jelah Che Ta no.. mungkin depa tersilap sebab tengok dari angle berbeza tu…
– MYNEWSHUB.CC
Rancangan Ketuk Ketuk Ramadan Bersama Rozita Che Wan
https://www.youtube.com/watch?v=2DkliRiwjXg