LONDON – John Terry merencanakan kejayaan Chelsea untuk menang 2-0 mengatasi Tottenham Hotspur dalam final Piala Liga, awal pagi ini yang menyaksikan Jose Mourinho mendakap trofi pertama selepas pulang ke Stamford Bridge selaku pengurus pasukan.
Rembatan Terry yang tertampan masuk oleh benteng lawan laan meletakkan The Blues di hadapan pada minit ke-45 di Stadium Wembley sebelum jaringan sendiri pemain bek kanan, Spurs, Kyle Walker yang tertampan rembatan terdahulu Diego Costa pada minit ke-56 mengesahkan trofi pertama mereka musim ini.
Ia adalah gelaran pertama Mourinho sejak dia kembali ke Chelsea pada 2013 dan Piala Liga ketiga ketika dia membimbing pasukan pada 2005 dan 2007.
Kejayaan Chelsea itu memberi perkhabaran baik selepas pencabar terdekat mereka dalam liga, Manchester City tewas 1-2 kepada Liverpool di Anfield, Ahad.
Spurs turun ke gelanggang dengan harapan mahu menamatkan kemarau trofi selepas kali terakhir pada 2008 tetapi tewas kepada Chelsea yang dilihat barisan lebih baik kali ini. – AFP
https://www.youtube.com/watch?v=ev3-3P3_c7s