Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pengecualian Bayaran UPUOnline Diteruskan

Kuala Lumpur : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK...

GAMBAR: Romantis Ashraf Sinclair...

KALAU ada anugerah pasangan selebriti yang berstatus suami isteri paling romantis di rantau...

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah sedikit pagi ini susulan permintaan yang kecil...

IC Merah Usia 60...

KUALA LUMPUR - Pemegang kad pengenalan merah dan berstatus pemastautin tetap berusia 60...

Chong Wei: 11 April Tarikh Penting Untuk Saya

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merasa lega setelah tarikh pendengaran mengenai kes dopingnya telaah ditetapkan pada 11 April ini di Amsterdam, Belanda.

Memetik Astro Awani, Chong Wei berkata,” saya rasa lega tarikh telah ditetapkan kerana sebelum ini kita semua ternanti-nantikan. Daripada Mac dan kemudian April. Jadi 11 April akan menjadi tarikh yang penting untuk saya”.

BACA:  Kes Doping Chong Wei: BAM Tunggu Maklum Balas BWF

Beliau mengharapkan keputusan yang positif agar dirinya boleh terus beraksi di gelanggang badminton.

Chong Wei turut mengakui setelah lebih kurang lima bulan tidak beraksi, ianya sedikit sebanyak telah menjejaskan staminanya dari segi fizikal dan lebih-lebih lagi daripada segi mental.


“Kelayakan untuk temasya Olimpik akan bermula Mei jadi saya harapkan keputusan yang baik,” katanya.

Pemain perseorangan utama negara itu akan berlepas ke Amsterdam tanpa ditemani isteri kerana isterinya, Datin Wong Mew Choo kini sedang hamil anak kedua. – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori