Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Peniaga Pasar Awam Gembira...

BUTTERWORTH - Peniaga di Pasar Awam Seberang Jaya jelas gembira dengan keprihatinan Tan...

Kedah Catat Penurunan Kes...

ALOR SETAR - Kedah mencatatkan penurunan 8.1 peratus kes demam denggi atau 578...

WhatsApp Kini Benarkan Lebih...

 WhatsApp agak aktif menambah beberapa fungsi baru akhir-akhir ini.Terkini melalui kemaskini terbaharu mereka...

UniMAP Raih Dua Emas...

KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih dua pingat emas pada Pameran Reka...

CIDB Dakwa 32 Kontraktor Di Mahkamah

KUALA LUMPUR – Seramai 32 kontraktor di seluruh negara telah didakwa oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di mahkamah membabitkan pelbagai kesalahan pada suku pertama tahun 2015.

CIDB dalam satu kenyataan media memberitahu, antara kesalahan paling tinggi kontraktor tidak berdaftar iaitu sebanyak 14 kes manakala tiga kes tidak membayar levi dan selebihnya membabitkan lain-lain kesalahan.

“Daripada jumlah itu, 12 kes daripadanya telah selesai manakala selebihnya masih di dalam prosiding perbicaraan.

“Bagi kesalahan tidak mempunyai perakuan pendaftaran kontraktor CIDB, denda tertinggi yang dikenakan sehingga Mac tahun ini adalah sebanyak RM30,000 sementara kontraktor yang tidak membayar levi pula adalah sebanyak RM25,000,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kontraktor yang gagal membayar denda dalam tempoh liabiliti bakal berdepan dengan hukuman dua tahun penjara.


CIDB dalam pada itu memaklumkan, sepanjang tempoh tahun 2007 sehingga Disember 2014, seramai 560 kontraktor telah dibawa ke prosiding tatatertib dengan 380 mereka amaran manakala 83 lagi digantung perakuan pendaftaran.

“CIDB mengingatkan kontraktor-kontraktor utama yang dilantik untuk melaksanakan projek kerajaan mahupun swasta supaya melantik subkontraktor yang berdaftar dengan CIDB.

“CIDB tidak akan teragak-agak membatal, menggantung atau membuat penarikan balik perakuan pendaftaran bagi mereka yang berbuat demikian,” tegas kenyataan itu. – MYNEWSHUB.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • CIDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori