Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cangkerang UAG Untuk MacBook,...

MACBOOK 2015 mungkin adalah komputer riba paling cantik dengan binaan premium pernah dihasilkan.Kombinasi...

Urus Stres Dengan Baik...

KUALA LUMPUR - Urus stres dengan baik dan kerap bersenam adalah antara tip...

Muzium Kafe Pulau Pinang...

GEORGETOWN - Muzium bertemakan kafe pertama di Pulau Pinang akan dibuka pada 1...

Tak Perlu Ke Maldives.....

TOURISM Johor dengan sokongan Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM) menganjurkan satu program Fam...

Coklat Tertera Imej Babi, Cadbury Nafi Ia Produk Tempatan

Gara-gara foto imej babi yang tertera di atas kepingan coklat keluaran jenama Cadbury, trauma orang ramai terhadap isu kandungan haram produk berkenaan kembali berlegar.

Untitled.jpg1.jpg1

Mana taknya, pada Mei tahun lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan dua produk keluaran Cadbury mengandung DNA babi (porcine) lantas syarikat itu terpaksa menarik balik kesemua jualannya di pasaran.

Lagi parah, disebabkan majoriti pengguna di Malaysia merupakan penganut Islam, lantas kesemua jualan syarikat tersebut diboikot.

Mengambil inisiatif dari kisah lalu, wakil dari Cadbury Malaysia menafikan bahawa produk coklat jenis Cadbury Milk Kids 20g yang tertera imej babi adalah produk keluarannya.

Raja-Zalina-Raja-Safran_M-600x360

Menurut Ketua Perhubungan Hal Ehwal Korporat Cadbury, Raja Zalina Raja Safran, ia merupakan produk import dan dihasilkan di luar negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Raja Zalina berkata, “Produk ini diimport pihak ketiga yang bebas mengimport mana-mana produk keluaran luar negara.


“Pengimportan atau pembelian mana-mana coklat keluaran Cadbury oleh pihak ketiga adalah di luar kawalan pihak Cadbury Malaysia dan kami tidak mempunyai hak untuk menyekat mahupun mengawal mana-mana pihak yang ingin membeli dan menjual produk-produk tersebut.

[BERKAITAN: Stigma Masyarakat Terhadap Coklat Cadbury, Hmm…]

“Sekiranya pengguna ingin maklumat lanjut tentang produk tersebut sila hubungi pihak penjual.”

Raja Zalina turut memberi jaminan bahawa kesemua produk keluaran Cadbury Malaysia halal dan menasihatkan agar pengguna membeli hasil keluaran tempatan bagi mengelakkan kekeliruan.

“Jadi nasihat kami, pengguna harus memilih Coklat Cadbury keluaran Malaysia.”

– MYNEWSHUB.CC

Iklan Cadbury Oleh Datuk Siti Nurhaliza

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori