Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

‘Samy Vellu Negarawan, Tokoh...

KUALA LUMPUR : Malaysia kehilangan seorang negarawan dan tokoh politik berpengalaman yang menyumbang...

Biarlah Saya Dituduh Derhaka,...

AKHBAR The Star hari ini menerbitkan jawapan balas Tun Dr. Mahathir Mohamad, sehari...

Isu Militan Daesh Jangka...

BATU PAHAT - Isu militan Daesh yang kini menjadi ancaman global dijangka dibangkitkan...

Seorang Pelajar Malaysia Lemas...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Malaysia, Abdul Amzar Azim Azmi yang dilaporkan hilang...

Cristiano Ronaldo Berdepan Tindakan Akibat Gaya Raikan Gol

MADRID – Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo berkemungkinan dikenakan tindakan atas sambutannya ketika menjaringkan gol penyamaan pada pertembungan ‘Clasico’ La Liga menentang seteru utama Barcelona, awal pagi Isnin lepas.

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Liga Bola Sepak Profesional Sepanyol (LFP), Javier Tebas ketika Real tewas dalam perlawanan itu dengan 2-1.

Meskipun bukan kali pertama meledak gol di Nou Camp, Ronaldo yang juga pemain terbaik dunia tampil di depan penyokong Barcelona sejurus menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-31 dan meminta mereka supaya bertenang.

Kapten Portugal itu yang sering menjadi mangsa cemuhan penyokong lawan sebelum ini pernah mencipta kontroversi apabila mengoyakkan jersinya sejurus menyempurnakan sepakan penalti ketika final Liga Juara-Juara Eropah menewaskan Atletico Madrid, musim lepas.


“Kami perlu berhati-hati dengan gerak tubuh provokatif yang dilakukan pemain apabila dia menjaringkan gol atau apa juga provokatif atau perbuatan yang mampu membangkitkan keganasan di kalangan penonton,” kata Tebas.

“Ia perlu dihukum, bermula daripada denda kepada penggantungan. Kami akan menilai perkara ini.”

Berikutan kematian seorang penyokong pasukan Deportivo La Coruna akibat pergaduhan sebelum perlawanan La Liga November lepas, badan induk bola sepak Sepanyol ketika ini sedang mencari untuk melumpuhkan sebarang tindakan oleh pemain atau penyokong yang boleh ditafsirkan sebagai provokatif. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori