Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki 35 Tahun Maut...

SEORANG lelaki berusia 35 tahun maut dibelit sekor ular sawa sepanjang 2.4 meter...

Muhyiddin Terima Kunjungan Valerie...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan...

SPR Di Tahap 100...

KUALA LUMPUR – Kesiapsiagaan petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negara kini...

Hovid Terima Lesen Pembuatan...

KUALA LUMPUR - Hovid Bhd menerima lesen pembuatan bagi kilangnya di Chemor daripada...

Cub Prix: Pelumba Senior Tunjuk Belang

SAINGAN pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2015 menyaksikan barisan pelumba senior melaungkan amaran awal untuk menjulang gelaran pada musim ini setelah Mohd Zamri Baba berjaya mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa kategori CP130 di Temerloh, Pahang, hari ini.

Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu mencatat masa masa 44.836s sambil seorang lagi pelumba berpengalaman yang juga juara dua kali kategori perdana, Ahmad Fazli Sham dari pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 44.846s diikuti rakan sepasukan, Mohd Taufiq Roslan dengan masa 44.996s.

Bagi Zamri, sasaran utama dirinya adalah untuk menebus kekecewaan musim 2014 setelah gagal mempamerkan prestasi konsisten akibat masalah kecederaan kaki yang berulang termasuk gagal beraksi pada pusingan ketujuh di Teluk Intan, Perak dan Pusingan 8 di Kangar, Perlis.

“Musim ini menyaksikan kehadiran lebih ramai pelumba termasuk pelumba yang pertama kali beraksi dalam kelas ini, jadi saingan pasti akan lebih sengit.

“Meskipun begitu, saya tidak melihat ia sebagai satu ancaman besar sebaliknya seronok kerana perlumbaan ini semakin mencabar dan dengan pengalaman yang kami ada pasti mampu menyerap segala tekanan,” jelas Zamri yanng sekadar menduduki tangga kesembilan keseluruhan pada musim lepas.

Menjelaskan tentang prestasi di Temerloh, Zamri berkata, “Saya gembira dengan keputusan pada hari ini di mana saya mencatat masa terpantas pada sesi latihan pertama dan ujian masa, saya harap ia akan berterusan dan dapat meraih podium pada hari esok.

“Faktor fizikal mungkin memainkan peranan utama pada perlumbaan minggu ini. Saya tidak berhenti melakukan ujian kecergasan sepanjang tempoh rehat selain keadaan kaki yang sudah pulih sepenuhnya. Cuma keadaan cuaca sangat panas sehingga mengganggu aksi pelumba kerana menyebabkan tayar kurang mencengkam.”


Sementara itu, pelumba muda meningkat naik, Khairul Idham Pawi (Kozi Yam Honda Racing) membuktikan kekurangan pengalaman bukan alasan apabila mencatat masa terpantas dalam kategori CP115 dengan catatan masa 45.317s diikuti pemenang tempat ketiga keseluruhan 2014, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang) kedua, 45.430s dan Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) ketiga, 45.826s.

Dalam saingan Wira, duo Kozi Yam Honda Racing, Mohd Shafiq Ezzariq dan Mohd Harith Farhan Baharin menguasai sesi ujian masa dengan masing-masing mencatat masa terpantas, 46.314s dan 46.370s. Pelumba Weststar Motorsport, Mohd Qhuwarismi Mohd Nasir mencatat masa ketiga terpantas, 46.701s.

Keputusan Ujian Masa:

CP130
1. Mohd Zamri Baba (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) 44.836s
2. Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) 44.846s
3. Mohd Taufiq Roslan (PETRONAS Yamaha Maju Motor) 44.996s
4. Mohd Hafiz Nor Azman (Harian Metro YTEQ SCK Honda Racing) 45.062s
5. Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) 45.153s

CP115
1. Khairul Idham Pawi (Kozi Yam Honda Racing) 45.317s
2. Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang) 45.430s
3. Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) 45.826s
4. Mohd Emir Firdaus Hasan (Jetron Apido Team PJM) 45.861s
5. MohdFareez Afeez (Felda Pb Tech Racing) 46.060s

WIRA
1. Mohd Shafiq Ezzariq (Kozi Yam Honda Racing) 46.314s
2. Mohd Harith Farhan Baharin (Kozi Yam Honda Racing) 46.370s
3. Mohd Qhuwarismi Mohd Nasir (Weststar Motorsport) 46.701s
4. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Yamalube AHM) 46.798s
5. Mohd Izzat Rafiq (PETRONAS Yamaha) 46.821s

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori