Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tularkan Perbualan WhatsApp Takiyuddin,...

KUALA LUMPUR - Perbualan aplikasi WhatsApp antara Datuk Takiyuddin Hassan dengan Menteri Kewangan,...

Washington Desak Beijing Bebas...

WASHINGTON - Amerika Syarikat menggesa Beijing membebaskan dua rakyat Kanada yang ditahan, dipercayai...

Raja Lawak Jepun Curi...

TOKYO - Polis Jepun pada Sabtu berjaya cekup seorang pelawak popular negara itu,...

Trofi Anugerah Seri Angkasa...

KUALA LUMPUR - Malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA 2016) menyaksikan Radio Televisyen...

Curi Kabel Elektrik, Warga India Dipenjara 3 Bulan

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri kabel elektrik, seorang lelaki warga India dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin memerintahkan Yadwinder Singh, 26, yang bekerja sebagai pengikat kotak, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 13 Dis tahun lalu.

Yadwinder didakwa mencuri tiga gulung kabel elektrik bernilai RM120 yang disimpan di dalam stor barangan elektrik milik Syarikat KK Woo Elektrical Sdn Bhd di tapak pembinaan South Tower, Jalan Munshi Abdullah, Dang Wangi, di sini pada 11.30 malam, 12 Dis tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.


Terdahulu, Yadwinder yang diwakili peguam Ahmad Ridza Mohd Noh, merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan telah menyesal dengan perbuatannya dan mahu pulang ke negara asal.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori