KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Guan Eng perlu meletak jawatan kerana masih membiarkan PAS terus berada dalam Pakatan Rakyat.
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, DAP masih mempunyai jalinan kerjasama dengan PAS walaupun parti itu tetap mahu melaksanakan undang-undang hudud.
“Dahulu mendian Karpal Singh sangat tegas menentang hudud dan pernah menyatakan langkah mayatnya dahulu dalam soal tersebut. Oleh itu Kit Siang dan Guan Eng perlu menghentikan retorik politik.
“Kit Siang dan Guan Eng perlu meletak jawatan. Biarkan pemimpin DAP lain yang berani meneruskan prinsip Karpal mengambil alih pimpinan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Media pada 19 Mac lalu melaporkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan rang undang-undang berkaitan di Dewan Rakyat pada April ini bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 dilaksanakan di negeri ini.
Ia berikutan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) PindaÂÂan 2015 diluluskan sebulat suara dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini. – MYNEWSHUB.cc