Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

TPPA Tingkat Akses Pasaran...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka dapat meningkatkan akses pasaran global...

SAR Remaja Hanyut Diperluas...

KENINGAU - Pencarian seorang remaja yang hanyut ketika cuba menyeberangi Sungai Pegalan yang...

Sapi Punya Susu, Facebook...

DALAM hanya beberapa tahun akan datang saja atau lebih cepat, syarikat-syarikat media bakal...

Pencalonan Dibatalkan: Puteri Thai...

BANGKOK - Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barvanadi yang disingkirkan sebagai calon pilihan raya...

DAP Tuduh Ejen UMNO Yang Pukul Dr. Dzulkefly

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad dipukul oleh ejen provokasi UMNO.

BACA: Pergaduhan Dalaman PAS Punca Dr. Dzulkifly Ditumbuk?

Justeru beliau meminta pemimpin pakatan rakyat yang lain supaya berhati-hati dengan ejen-ejen provokasi UMNO tersebut.

“Mereka mahu melemahkan dan menjejaskan kesatuan pakatan rakyat.. Oleh itu pemimpin pakatan rakyat perlu berhati-hati dengan apa yang mereka cakap pada umum,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mynewshub pada 5 Mac lalu melaporkan, Dzulkifly dipukul oleh individu tidak dikenali semasa pulang dari menunaikan solat subuh di sebuah masjid.

Dzulkifly dilaporkan mengalami kecederaan akibat ditumbuk pada muka dan dahi dalam kejadian tersebut.

Kit Siang dalam pada itu menyelar Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah kerana dianggap berperangai negatif.


Ia berikutan kenyataan Mohd. Amar bahawa pintu rundingan dengan DAP berhubung pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan telah ditutup.

Dakwanya, Mohd. Amar telah melanggar keputusan rundingan pimpinan pakatan rakyat baru-baru ini bahawa cadangan undang-undang itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat terlebih dahulu.

“(Allahyarham) Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah mungkir janji kerana pada Nik Aziz, kata-kata adalah janjinya,” dakwa Kit Siang.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori