Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Aizat Simpan Kisah Cinta,...

PENAT asyik ditanya soal kisah percintaan berbanding karier seni, penyanyi lagu Susun Silang...

Skim Cepat Kaya: 16...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 16 individu disyaki terlibat skim...

Gambar Azhan Rani Persis...

JIKA sesiapa yang dah melanggan biopic Biduanita Negara Allahyarham Saloma yang ditayangkan di...

Esok Keputusan Najib, Arul...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini akan memutuskan esok sama ada Datuk...

Demonstrasi Bantah Kemasukan Pekerja Bangladesh Berjalan Aman

KUCHING – Demonstrasi dianjurkan serentak di empat bahagian di negeri ini Sabtu lepas bagi memprotes kemasukan pekerja warga Bangladesh ke Sarawak berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden tidak diingini, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Datuk Dr Chai Khin Chung.

Beliau berkata demonstrasi berkenaan mendapat permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pemantauan dibuat pihak polis mendapati pihak penganjur mematuhi semua syarat ditetapkan.

Chai memberitahu demikian pada sidang media di sini, Isnin.

Demonstrasi “Say No To Bangla” anjuran Gerakan Anak Sarawak (Gasak) yang berlangsung pada 28 Feb lepas diadakan secara serentak di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Kerajaan Negeri Sarawak baru-baru ini mengumumkan rancangan membawa masuk 12,000 pekerja Bangladesh untuk bekerja di sektor perladangan di negeri ini.


Gasak berpendapat tindakan membawa masuk pekerja warga Bangladesh akan menjejaskan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dalam sektor perladangan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot dilaporkan sebagai berkata sebelum ini bahawa kumpulan pertama seramai 5,000 pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Sarawak pada April tahun ini.

Riot berkata, tujuan utama pengambilan pekerja asing itu adalah untuk menangani masalah kekurangan 30,000 pekerja di ladang-ladang kelapa sawit di negeri ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori