Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Anwar Ucap Tahniah Erdogan...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang...

Peruntukan Untuk Pembersihan Pasca...

KLUANG - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang menilai peruntukan bagi...

Polis Wanita Indonesia Bakal...

Jakarta - Polis wanita Indonesia bakal dibenarkan memakai jilbab apabila perintah kebenaran mengenainya...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter berlaku di...

Betul Ke 1 April Ini Rokok Naik Harga Lagi..?

DALAM banyak-banyak barang, apa barang yang orang takkan (berani) bising walau baru je naik harga?

Pandai… jawapannya rokok!

Sejak semalam, sekeping kertas memaparkan harga baru rokok yang didakwa berkuatkuasa 1 April ini, mulai tersebar.

mynewshub.cc

Buat masa ini belum ada pengesahan daripada pihak berkaitan tentang harga baru rokok ini tapi boleh tahan jugak kenaikannya.

Antaranya kesemua jenis Dunhill, Benson & Hedges dan Kent bakal berharga RM16 manakala Pallmall RM14.

Kiranya sesiapa yang jenis hisap rokok tahap ‘no mercy’ selama ini, ada kemungkinan akan mencongak sama ada mahu kenyang makan nasik atau sedut asap terutama menjelang hujung bulan.


Bangsa yang kena hisap rokok lepas makan tu pulak, akan bawa rokok ngam-ngam sebatang je dalam kotak untuk mengelak daripada dipau kawan-kawan.

Kali terakhir harga rokok dinaikkan adalah pada November tahun lalu.

harga rokok nov 2014

Tahniah kepada yang berazam mahu berhenti merokok selepas ini dan berjaya melaksanakannya manakala buat mereka yang berkeras mahu meneruskan tabiat itu selamat membakar duit diucapkan.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori