KUMPULAN Destiny’s Child kembali bersatu di pentas persembahan selepas 2 tahun tidak bersama di Stellar Gospel Music Award, Sabtu lepas.
Beyonce, Michelle William dan Kelly Rowland membuat persembahan dalam kumpulan menerusi lagu Say Yes di Las Vegas.
Kemunculan mereka telah mengimbau zaman populariti Destiny’s Child satu ketika dulu kerana tampil seragam dengan pakaian serba putih ketika persembahan itu.
Michelle sebelum itu telah memuat naik status memberi hint kepada peminatnya bahawa mereka bertiga mungkin akan membuat reunion.
“I thanked all of you guys who voted! Man this is incredible,” tulis Michelle dan sertakan hashtag #StellarAwards30 #VideoOfTheYear #SayYes #Beyonce #KellyRowland.
Status yang dimuat naik pada jumaat itu membuatkan peminat mereka tertanya-tanya dan ternyata mereka kembali beraksi pada sabtu.
Kali terakhir mereka bergandingan adalah pada dua tahun lalu melalui persembahan di Super Bowl Halftime Show. – MYNEWSHUB.CC