ANUGERAH Drama Festival Kuala Lumpur 2015 (DFKL2015) yang berlangsung malam tadi menyaksikan Rindu Awak 200% menang besar dan ia sememangnya sudah dijangka ramai.
Tak hairanlah apabila nama Fasha Sandha diumumkan sebagai pemenang, heroin Selamat Pengantin Madu itu terkejut besar.
Malah dalam satu gambar dimuatnaik sebelum menghadiri anugerah malam tadi, Fasha menyatakan dia percaya kemenangan akan berpihak pada Ayda Jebat, heroin comel drama Rindu Awak 200%.
Tulisnya:
“Kita macam dah tau, semestinya calon-calon popular macam si comel Ayda Jebat dan Abang sado Zul boleh menang besar dalam kategori kita. Tapi apa pun, kita tetap excited to go untuk menyokong.”ÂÂ
Tup-tup ternyata tuah milik Fasha dan beberapa rakan pelakon yang membintangi drama Selamat Pengantin Madu.
Dek kerana terkejut Fasha tidak boleh menyusun ucapan dengan baik.
Bagaimanapun menerusi laman Instagram selepas acara, Fasha telah memberi ucapan panjang lebar dan terima kasih kepada pihak produksi, rakan dan keluarga yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya.
Tahun ini merupakan tahun kedua DFKL diadakan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=wlJdWLRvGaY