Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

DAP Dakwa Izin PKR...

DAP mendakwa sedia membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dilantik sebagai Menteri...

Kes Dadah Di Labuan...

LABUAN - Jumlah kes dadah di Labuan menurun 32 peratus tahun lepas berikutan...

“Saya Bukti Mangsa Bohong...

KUALA LUMPUR – Pembangkang perlu menghentikan pembohongan serta fitnah yang dilemparkan semata-mata  kerana...

Video ‘Kuda Putih’ Polis...

KUALA LUMPUR - Tanpa mengira hujan atau panas, tugas setiap anggota polis trafik...

Diisytihar Muflis Kerana Watie, Hana Elite Menang Saman

Bertahun bergelut dengan hidup kerana diisytihar muflis, akhirnya Hana Elite memenangi samannya ke atas salah seorang anggota kumpulan sama, Watie kerana menjadi punca masalah tersebut.

Mengimbas kembali isu itu, beberapa tahun lalu, Hana atau nama penuhnya Norhanasafiza Mat Adnan sanggup meminjamkan nama, malah membayar wang pendahuluan bagi membolehkan Watie memiliki sebuah Toyota Wish.

[BERKAITAN: Gugur Kali Ketiga, Azza Elite Terpaksa Buang Tiub Fallopio]

Namun, pada April 2013, Hana telah diisytiharkan muflis kerana gagal melangsaikan hutang tertunggak sedangkan dia sendiri tidak mengetahui tentang pinjaman yang dilakukan.

Hidup dalam keadaan tertekan, Hana kemudiannya memutuskan untuk mendapatkan kembali haknya, lantas membawa kes tersebut ke mahkamah dan semalam, Mahkamah Seksyen Selayang menjatuhkan hukuman kepada Watie.

Ujarnya dalam satu kenyataan kepada Malaysian Digest, “Sebelum ini, selama lima tahun saya mencari dia untuk berbincang. Bukan saya tak cari. Sekarang dia kena selesaikan tanggungjawab untuk langsaikan perkara ini.”

Siapa tak lega apabila akhirnya kebenaran berpihak kepada diri sendiri setelah memperjuangkannya selama beberapa tahun.

“Alhamdulillah, ketika ini saya tidak boleh berhenti senyum. Saya rasa sangat lega dan bersyukur kepada Allah kerana beri peluang kepada saya untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Lepas kejadian yang menimpa saya ini, saya akan lebih berhati-hati dan akan make sure perkara yang sama tidak akan terjadi lagi.”


maxresdefault

Cerita Hana lagi, suami Watie, Joey, pernah menghubunginya sebelum ini bagi menyelesaikan perkara tersebut secara baik, namun semuanya sudah terlambat kerana pihak mahkamah telah menjatuhkan keputusan.

“Saya kata saya minta maaf sebab mahkamah sudah jatuhkan hukuman.”

Tahniah buat Hana kerana kebenaran pastinya akan terbongkar suatu hari nanti. Apa-apapun, beringatlah, jangan mudah melakukan sesuatu pengorbanan walaupun terhadap rakan baik sendiri.

Yelah, rambut sama hitam tapi hati manusia lain-lain…

– MYNEWSHUB.CC

Persembahan Kumpulan Elite Dengan Lagu Popular Mereka – Tamparan Wanita

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori