Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bauksit: PTG Terengganu Kenakan...

KUALA TERENGGANU - Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Terengganu mengeluarkan sebanyak RM45,000 kompaun...

Kes Curi 21 Laptop...

PARIT - Kes kecurian 21 komputer riba di rumah sewa penuntut Institusi Pengajian...

KAFA Jangan Tarik Diri...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diminta untuk tidak menarik diri...

Guru Sekolah Agama Parah...

KUALA LUMPUR - Seorang guru sekolah agama cedera parah ditikam oleh anak lelakinya...

Dua Gol Bale Bantu Madrid kembali Cipta Kemenangan

MADRID – Gareth Bale mengakhiri kemarau sembilan perlawanan tanpa sebarang gol apabila meledak dua jaringan membantu Real Madrid menewaskan Levante 2-0 dalam aksi La Liga Sepanyol, awal pagi tadi.

Kemenangan menyaksikan Real kembali merapatkan jurang kepada satu mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona.

Begitupun, dua gol daripada Bale paling mencuri perhatian dengan bintang Wales itu berjaya menutup mulut pengkritiknya selain kebangkitan penting menjelang aksi El Clasico, minggu depan.

Rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo begitu dilihat kurang gembira dengan kejayaan Bale apabila kedua-dua gol bekas pemain Tottenham itu berpunca daripada usahanya.

“Saya melihat Bale lebih bermotivasi dengan keinginan yang lebih, namun keseluruhan pasukan memiliki lebih keinginan dan tumpuan, hari ini,” kata pengurus Real, Carlo Ancelotti.


“Semua orang faham apa yang kami perlu lakukan hari ini dan apa yang kami perlu lakukan pada Ahad depan,” kata pengurus kelahiran Itali itu.

Selepas kekalahan 4-3 kepada Schalke 04 dalam Liga Juara-Juara Eropah, minggu lepas menyaksikan Ancelotti membuat perubahan dalam kesebelasan utamanya dengan menyenaraikan Luka Modric dan Sergio Ramos selain penjaga gol, Keylor Navas.

Ancelotti dalam pada itu mengakui sedar Bale lebih selesa apabila bekas rakan sepasukannya ketika di Spurs, Modric bermain bersamanya.

“Pengaruh Modric adalah positif. Ia memberi Bale lebih peluang untuk terbabit dalam perlawanan. Mereka bermain bersama di Tottenham dan dia jelas lebih selesa dengan Modric.” – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori