Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Khaled Jamin Pertahan Pengajian...

BARU-BARU ini berlangsung Syarahan Za’ba bertajuk ‘Pemerkasaan Pengajian Melayu Untuk Pembinaan Negara dan...

4 Parah Bas Rombongan...

KEMAMAN - Tiga pelajar dan seorang pemandu bas parah selepas bas yang dinaiki...

Demi Pasaran Radio, Zizi...

LIRIK lagu yang agak 'pedas' membuatkan penyanyi Zizi Kirana perlu menukar beberapa bait...

Ibu Lega ‘Janin’ Dikandung...

BALING - Seorang ibu melahirkan perasaan leganya apabila ketumbuhan yang didakwa sebagai janin...

Edar Al-Quran Percuma Hanya Untuk Kefahaman Islam – Jakim

PETALING JAYA – Pengedaran naskah al-Quran secara percuma oleh pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Malaysia Reverted Muslims (MRM) bukan untuk mengislamkan orang bukan Islam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata MRM tidak pernah memaksa mana-mana individu bukan Islam untuk menerima naskah terbabit.

“Ia diberi kepada mereka yang datang dan mendekati MRM untuk bertanya lanjut berkaitan agama Islam dan keliru dengan apa yang Islam ajarkan.

“Jadi dengan membaca dan memahami al-Quran, segala misconception tentang Islam dapat dibetulkan. Justeru sepatutnya tidak timbul istilah paksaan menerima al-Quran atau enggan menerima al-Quran yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada sebuah akhbar berbahasa Cina yang menimbulkan kebimbangan mengenai penyimpanan naskah al-Quran serta isu menukar agama.

“Sekiranya mana-mana pihak bukan Islam yang menerima dan tidak bercadang lagi untuk menyimpannya boleh menyerahkan semula kepada pihak MRM atau menyerahkan pada masjid surau mahupun memberikan kepada orang Islam semula untuk menjaga kitab suci berkenaan,” katanya.


Mengulas mengenai dakwaan bahawa orang bukan Islam boleh memeluk Islam hanya dengan mengisi borang tertentu, Othman berkata: “Perlu diketahui bahawa untuk seseorang itu memeluk agama Islam pertama sekali adalah kerelaan hatinya sendiri tanpa ada sebarang paksaan dari mana-mana pihak kerana tiada paksaan untuk seseorang itu memeluk Islam.

“Kemudian beliau hendaklah mengucapkan kalimah syahadah iaitu mengaku bahawa Allah adalah tuhan yang satu wajib disembah dan Nabi Muhammad adalah pesuruhNya.

“Pengakuannya itu disaksikan oleh muslim yang lain. Bukanlah semudah mengisi borang semata-mata kerana pengakuan lisan itu adalah syarat utama sebelum ia didaftarkan melalui prosedur seterusnya.” – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=kiNKJRmwPtA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori