Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Mesej Whatsapp M’sia Diserang...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan khabar angin bahawa Malaysia menjadi...

“Jangan Lihat Saya Pelawak...

PETALING JAYA - Pelawak Nabil Ahmad meminta orang ramai tidak melihat konsep jenaka...

Ikon Usahawan Disaran Jadi...

KUALA LUMPUR - Ikon usahawan yang telah berjaya mencipta nama di negara ini...

Legenda Tamil, Rajinikanth Tubuh...

NEW DELHI - Ikon layar perak India yang dipuja seperti dewa di sesetengah...

Emma Maembong Akui Masih ‘Stalk’ Instagram Zizan

TAMPIL kepada media buat pertama kalinya selepas pendedahan status hubungan cintanya dengan Zizan putus, Emma Maembong akui sentiasa berhubung dengan bekas kekasihnya itu meskipun mereka sudah tiada lagi pertalian cinta.

Emma yang enggan mengulas lanjut punca perpisahan dengan pelawak terkenal itu berkata, dia memilih untuk menyerahkan segalanya kepada jodoh.

“Saya tak akan cerita details apa yang terjadi. Saya pun ada privasi sendiri cuma saya perlu beritahu yang kami sudah tiada apa-apa.

“Kami tak bermusuh.. saya tidak pernah cakap sama ada hendak kembali atau tidak dengan dia. Semua ini bergantung pada soal jodoh namun buat masa ini saya tidak menaruh sebarang harapan padanya,” ujar Emma.

Pada masa sama, pelakon filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh ini turut memberitahu mereka kini hanya menjadi kawan baik dan dia akan sentiasa menyokong kerjaya Zizan.

emma wm (2)

“Orang luar yang membuat andaian bahawa saya berada di samping Zizan ketika dia senang sahaja, adalah tidak benar sama sekali.

“Saya ada untuk menyokongnya ketika Maharaja Lawak Mega, Akademi Fantasia, kes mahkamah serta banyak lagi. Saya sentiasa ada untuk dia,” katanya.


Emma yang ditemui pada majlis promosi drama terbaharu lakonannya Isteri Separuh Masa di The Strand, Damansara malam tadi turut bercerita, dia kini menjalani hidup seperti biasa dan hanya ingin menumpukan perhatian terhadap kerjaya.

Ditanya sama ada masih menyimpan perasaan cinta terhadap Zizan, Emma sempat berkias seolah-olah jauh di sudut hatinya dia masih menyimpan perasaan.

emma dan zizan beraya 1

“Kami dah bersama dua tahun… dah kenal keluarga masing-masing dan sudah plan ke peringkat seterusnya. Nak ke putus macam tu?

“Tipulah kalau saya tak ‘skodeng’ Instagram dia.. ada jodoh adalah…” bicara Emma sebelum mengakhiri temu bual.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori