Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Sudah Tahu Siapa...

SIASATAN terhadap kes menconteng perkataan kurang menyenangkan pada mural gergasi potret beberapa pemimpin...

2 Pasangan Pengantin ‘Banjir’...

MELAKA - Meskipun masih lagi bersedih ekoran banjir menimpa rumah mereka semalam, keceriaan...

PTPTN Laksana Kempen Click,...

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekali lagi menjalin kerjasama strategik...

BN Menang PRK, UMNO-PAS...

PONTIAN - Barisan Nasional (BN) memberi jaminan gabungan UMNO-PAS bakal menjadi jurucakap sebenar...

Empat Nelayan Selamat Selepas Bot Karam

TAWAU – Empat nelayan berjaya diselamatkan selepas bot dinaiki mereka karam setelah berlanggar dengan sebuah bot tongkang di perairan Inderasabah, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata tiga mangsa berusia antara 20 dan 30 tahun itu berjaya diselamatkan nelayan lain yang berada di sekitar kawasan tersebut.

“Sementara seorang lagi sempat berpaut pada bot tongkang tersebut sebelum diselamatkan anak kapal bot berkenaan. Kesemua nelayan terbabit tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian kira-kira 2 pagi itu, keempat-empat lelaki berkenaan sedang menarik pukat tunda sebelum berlanggar dengan sebuah bot tongkang yang sarat dengan barang binaan.

“Siasatan mendapati bot tongkang berkenaan dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau dan bot yang dinaiki lapan lelaki berusia 25 hingga 55 tahun itu bertolak dari Kota Kinabalu pada 4 petang semalam.


“Bot tongkang tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967 kerana melanggar arahan perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone),” katanya.

Perintah berkurung di perairan enam daerah di Esszone telah dilanjutkan bagi fasa ke-15 dari 7 malam hingga 5 pagi mulai 27 Februari hingga 14 Mac ini.

Arahan perintah berkurung yang melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai di perairan Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Tawau dan Semporna itu telah dilaksanakan sejak 19 Julai tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori