Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

8 Lagi Mayat Penumpang...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui lapan lagi mayat lelaki...

3 Kenderaan JPJ Musnah...

KUALA KANGSAR - Tiga kereta milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dua kereta...

Video : Peninju MMA...

SUBANG JAYA - Seorang ahli sukan seni bela diri berbadan sasa dengan senang-senang...

Sentiasa Bersedia Dan Ada...

KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak terhebat abad ini, Pele menasihatkan pemain bola...

EPL: Arsenal Cipta Kemenangan, Kane Selamatkan Tottenham

LONDON – Gol Olivier Giroud yang kedua-duanya dijaringkan pada babak pertama membantu Arsenal membenam Newcastle United 2-1 di laman lawan sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Kedua-dua gol Giroud dijaringkan menerusi gerakan bola mati bermula daripada sepakan percuma Santi Cazorla pada minit ke-24 selepas Danny Welbeck dikasari.

Penyerang kebangsaan Perancis itu kemudian meledak gol keduanya juga menerusi tandukan dengan tidak mensia-siakan sepakan sudut Cazorla pada minit ke-28.

Keputusan kekal sehingga berakhir babak pertama dan ketika Arsenal dijangka terus menguasai permainan, Newcastle tampil lebih bertenaga pada babak kedua.

Tindakan itu berhasil apabila Moussa Sissoko meledak jaringan empat minit memasuki babak kedua dan sekalipun Newcastle terus memberi tekanan, segala cubaan gagal menewaskan David Ospina.

Dalam pada itu, penyerang Harry Kane meledak hatrik pertamanya di pentas EPL ketika membantu Spurs bangkit mencatat kemenangan 4-3 ke atas Leicester di White Hart Lane.


Pada perlawanan itu, Spurs terpaksa menukar penjaga gol utamanya, Hugo Lloris selepas empat minit perlawanan bermula akibat kecederaan sebelum membuka tirai jaringan seawal minit keenam.

Kane sekali lagi meledak gol selepas rembatannya terbias pada minit ke-13 namun Leicester merapatkan jurang menerusi gol Jamie Vardy tujuh minit sebelum perlawanan berakhir.

Kapten pelawat, Wes Morgan kemudian menyamakan kedudukan buat Spurs menerusi tandukan pada minit ke-50 sebelum Kane meledak hatriknya menerusi penalti pada minit ke-64.

Ketika permainan tambak seimbang, jaringan sendiri Jeffrey Schlupp pada minit ke-85 mengesahkan kemenangan Spurs dengan jaringan Nugent pada minit ke-90 gagal membantu Leicester. – Berita Harian Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • EPL

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori