Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Malaysia Ulangi Sokongan Padu...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengulangi sokongan padunya terhadap usaha mengembalikan hak rakyat Palestin...

Syatilla Akui Belum Sempat...

WALAUPUN sentiasa ditinggalkan suami, Syatilla Melvin tidak pernah merungut tuntutan kerja suaminya yang sibuk...

Banjir: 1,575 Anggota PDRM...

MACHANG - Sejumlah 1,575 pegawai, anggota dan kakitangan awam Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala...

KOTA BHARU – Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bagi fasa pertama sepanjang 10.5...

Erra Fazira, Teman Istimewa Masih Dalam Proses Mengenali

ENGGAN dirinya dikaitkan dengan mana-mana lelaki, Erra Fazira akhirnya membuka mulut mengakui dirinya sudah mempunyai teman istimewa.

Walaupun terbuka mengakui sudah berpunya, namun Erra masih enggan mendedahkan identiti lelaki yang sedang bertakhta di hatinya.

Memetik Harian Metro, Erra mengatakan, “Ya, saya mengaku sedang berkawan dengan seseorang. Siapakah dia, biarlah rahsia. Saya membuat pengakuan ini kerana mahu hentikan cakap-cakap orang yang suka mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki. Buat masa ini biarlah saya rahsiakan identitinya dulu”.

“Ini kerana kami masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain. Selanjutnya biarlah keadaan dan masa yang akan menentukan,” katanya.


Erra sebelum ini pernah berkahwin dengan Yusry Abdul Halim dan Engku Emran Engku Zainal Abidin namun kedua-dua perkahwinannya tidak bertahan lama.

Hasil perkahwinan dengan Engku Emran, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia enam tahun.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori