Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Nicol Mara Ke Suku...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol...

Gambar: Bila Bekas-Bekas PM...

KETIKA menyandang jawatan sebagai perdana menteri (PM) Britain, kedua-dua figura ini sentiasa tampil...

Rakyat Perlis Perlu Ubah...

KANGAR - Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man mahu rakyat Perlis mengubah minda...

Kenaikan Harga Barangan Bukan...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata isu kenaikan...

Esszone: Perintah Berkurung Dilanjutkan Sehingga 29 Mac

KOTA KINABALU – Tempoh perintah berkurung fasa ke-15 di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 29 Mac dari pukul 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata keputusan melanjutkan tempoh perintah dibuat bagi terus menjamin keselamatan pengguna perairan, pelancong dan khususnya rakyat Sabah di daratan Esszone.

“Penguatkuasaan perintah berkurung yang masuk fasa ke-16 esok melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai di perairan Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Tawau dan Semporna antara lain memudahkan penguatkuasaan serta memantau segala pergerakan bot penceroboh serta jenayah rentas sempadan aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api terkawal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya arahan perintah berkurung itu, yang dibuat sejak 19 Julai tahun lepas, turut disokong para pengusaha chalet dan aktiviti perikanan dalam memastikan keselamatan perairan termasuk pulau-pulau di persempadanan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori