Facebook Page sememangnya merupakan salah satu medium pengikalanan dan dilihat sebagai kaedah pemasaran bagi mempromosikan sesuatu produk, servis, syarikat, individu dan sebagainya dengan berkesan.
Data daripada laman yang juga digelar ‘fan page’ itu turut digunakan untuk mengetahui beberapa perkara mengenai peminat dan pengguna, sekaligus memudahkan lagi pemilik mereka mengoptimasikan beberapa perkara.
Namun, salah satu perkara yang sering berlaku adalah di mana pengguna kadang-kala akan “Like†sesuatu halaman, tetapi kelak tidak aktif pada halaman tersebut.
Ini sekaligus memberikan data yang kurang tepat untuk sesuatu halaman Facebook memandangkan penggunanya tidak lagi aktif pada perkhidmatan tersebut.
Untuk mengatasi perkara ini, dalam beberapa minggu akan datang, pihak Facebook mengumumkan akan mengemaskini angka “Like†pada semua Facebook Page dengan membuang akaun pengguna yang tidak lagi aktif atau telah meninggal dunia.
Ini mungkin akan memperlihatkan pengurangan angka Like pada sesuatu Facebook Page, tetapi dari segi kelebihan, ia akan memberikan data yang lebih tepat kepada sesuatu organisasi atau jenama.
Apa-apa pun, perkara ini tidaklah akan mengakibatkan jumlah penurunan yang drastik seperti yang berlaku kepada laman sosial Instagram apabila mereka menapis sejumlah “followers” di skala yang besar.
Justeru, kepada pemilik Fan Page, jika anda melihat Like di page anda menurun, maka jangan panik kerana ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielak serta sesuatu yang sebenarnya positif.
-MYNEWSHUB.CC
Sumber: Independent
https://www.youtube.com/watch?v=M2Gxfbp5nL4