Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Roket Angkasa Lepas Komersial...

CAPE CANAVERAL (Florida) - Roket angkasa lepas komersial, Antares yang menghantar bekalan ke...

Muafakat Nasional, MCA Dijangka...

KUALA LUMPUR - Muafakat Nasional yang terdiri daripada PAS-UMNO dijangka akan duduk bersama...

Hot Mama! Daphne Iking...

NAMA Daphne Iking tidak perlu diperkenalkan lagi, malah dia merupakan di antara pengacara...

Mayat Remaja Lemas Di...

PARIT - Mayat seorang daripada dua sepupu yang lemas ketika mandi-manda di Sungai...

Fad Bocey Nikah 14 Mac, Pilih Adik Angkat Jihan Muse

PELAWAK Fad Bocey mendedahkan, dia bakal menamatkan zaman bujangnya 14 Mac ini dengan seorang gadis kelahiran Kedah dikenali sebagai Nur Syahirah A. Rahman, 21.

Majlis pernikahan akan diadakan di kediaman keluarga Nur Syahirah di Jitra, Kedah sementara majlis resepsi kedua-dua belah pihak berlangsung di Kuala Lumpur, 23 Mei depan.

Bercerita mengenai perkenalan mereka, Fad mengatakan dia mengambil masa agak lama juga untuk mengorat teman wanitanya yang merupakan adik angkat kepada pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse itu.

jihan

“Kami sudah kenal dua tahun yang mana dia selalu teman Jihan ke MLM, jadi dari situlah kami mula berkenalan.

“Namun proses berkenalan itu agak susah kerana dia seorang yang sukar didekati sehingga saya beberapa kali berusaha menawan hatinya dan melamar pada hari jadinya, Oktober tahun lalu,” kata Bocey ketika ditemui pada sesi sidang media Lawak Ke Der 2015 di Istana Budaya, pada Rabu.

Di kala nama kumpulan Bocey semakin meningkat, tidakkah Fad terasa terlalu awal untuknya mendirikan rumah tangga dan ini merupakan jawapannya bagi menjawab persoalan tersebut.

“Saya tidak kisah berkahwin awal kerana saya perlukan seseorang untuk menjaga memandangkan saya tinggal jauh daripada keluarga yang menetap di Johor.

fad3

“Saya senang dengan Syaheera sebab dia sekepala dengan saya, ‘masuk air’ juga orangnya. Mula-mula perkenalan saya ingatkan dia seorang yang pendiam,” katanya dalam nada berseloroh.


Sementara itu, Syaheera yang merupakan penuntut jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di MSU, Shah Alam berkata dia sudah bersedia untuk bergelar isteri kepada seorang selebriti yang dikenali ramai.

Walaupun mengakui dirinya seorang yang agak cemburu namun dia memahami cara kerja bakal suaminya itu.

Syaheera juga telah mengambil keputusan menangguhkan seketika pengajiannya demi memberikan fokus terhadap urusan perkahwinan mereka.

Apa-apa pun tahniah diucapkan buat kedua bakal mempelai ini dan semoga mahligai yang dibina bakal berkekalan sampai ke syurga.

– MYNEWSHUB.CC

fad

fad1

Oleh:  JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori