RASA macam baru semalam melihat Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha di pentas Gegar Vaganza.
Pejam celik-pejam celik rupa-rupanya pelakon dan pengacara jelita yang mesra disapa Keknis ini telah selamat bergelar tunangan Hairul semalam.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsi di laman Instagram, jelas mempamerkan wajah bahagia Keknis.
Apa pun, kami cukup terpesona melihat Keknis dalam persalinan merah jambu yang nampak sangat sweet!
Pasangan selebriti ini hanya mengikat tali pertunangan selama tiga bulan sebelum bergelar suami isteri.
Ermm.. baguslah kan benda baik elok dipercepatkan.
Rasa tak sabar-sabar pula ingin menyaksikan majlis akad nikah pasangan ini yang bakal berlangsung pada 5 Jun diikuti majlis resepsi pada 14 Jun di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
Semoga semuanya berjalan lancar dan tahniah kami ucapkan kepada Hairul dan Keknis!
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=MpwI0Ru5BtE