Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Premis Perniagaan Dalam Menara...

KUALA LUMPUR: Semua premis perniagaan dalam Menara Ilham boleh beroperasi seperti sedia kala...

DAP Digesa Laksana Pembangunan...

GEORGE TOWN - Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang diminta supaya melaksanakan pembangunan secara terancang...

Beri Peluang Kepada Najib...

KUALA KRAI - Semua ahli UMNO diminta memberi peluang kepada Datuk Seri Najib...

Tambah Baik Sekolah Sukan...

KUALA LUMPUR – Satu perbincangan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian...

Hanez, Romie Bakal Bergelar Suami Isteri Esok

SETELAH mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, ternyata jodoh milik pasangan ini.

Akhirnya pelakon kontroversi Hanez Suraya bakal bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Romie Razin Adilha pada esok hari.

Pastinya, ini merupakan detik paling dinantikan sekaligus menamatkan segala kritikan dan pandangan negatif segelintir peminat hiburan terhadap hubungan cinta mereka.

Bercerita mengenai perasaan menjelang majlis pernikahannya, Hanez mengakui berdebar namun bersyukur akhirnya disatukan dengan Romie.

hanezz

“Secara jujurnya saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu berkongsi perasaan bahagia dan berdebar dalam tempoh seminggu ini.

“Saya berharap semuanya berjalan lancar. Orang yang pernah dan akan berkahwin pasti faham perasaan ‘nervous’ yang saya rasakan.

“Setelah 30 tahun hidup membujang akhirnya saya akan bergelar seorang isteri serta menempuh hidup berkeluarga. Keluarga sentiasa menjadi keutamaan buat saya selepas ini dan sebagai seorang ibu dan isteri, saya mahu buat terbaik untuk mereka.


“Enggan lagi menoleh kisah lalu, saya bersyukur kerana setelah menempuh dugaan serta cabaran akhirnya tiba saat penghujung. Saya berharap majlis pernikahan berjalan dengan lancar,” ulas Hanez panjang lebar.

Pasangan ini pernah mendapat perhatian Malaysia tahun lalu apabila Hanez dituduh sebagai penyebab rumah tangga Romie dan bekas isterinya berantakan.

Diharapkan dengan perkahwinan yang dibina ini, segala kontroversi yang pernah menimpa Hanez dan bakal suaminya sebelum ini tertutup buat selamanya.

Semoga berbahagia! – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=kdkJ5PH1oZg

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori