Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Semangat Berpasukan Penting Pada...

KUALA LUMPUR - Kerja berpasukan yang baik akan meningkatkan semangat dan daya motivasi...

Sukan Jiu Jitsu Antarabangsa,...

NAMA Malaysia terus harum di persada antarabangsa apabila wakil negara, Adam Akasyah meraih...

Laporan Polis Beramai-Ramai Ke...

BERIKUTAN pendedahan surat Tommy Thomas kepada Lim Guan Eng bertarikh 14 Jun 2019 yang tular di media sosial, Pemuda PAS percaya bahawa wujudnya penyalahgunaan kuasa oleh Lim Guan Eng selaku bekas Menteri Kewangan, atas kapasiti jawatannya pada ketika itu, cuba mencampuri urusan siasatan dan mempengaruhi Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyahbekukan akaun seorang taikun hartanah.

“Saya Bukan Perompak” –...

SEJAK semalam, tersebar di laman sosial gambar seorang lelaki berpakaian uniform Petronas yang...

Foto: Majlis Resepsi Hanez Suraya Meriah Dirai Rakan Selebriti

MAJLIS resepsi aktres jelita Hanez Suraya bersama jejaka pilihan hatinya, Romie telah selamat berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara malam tadi.

Memilih gaun serba putih rekaan Fizi Woo, Hanez nampak anggun bergaya bergandingan dengan suami tercinta Romie yang segak yang mengenakan suit rekaan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

Pasangan bak pinang dibelah dua ini tidak lekang menghadiahkan senyuman kepada tetamu yang hadir.

Majlis gilang-gemilang itu diacarakan oleh Awal Ashaari dan tetamu turut dihiburkan dengan persembahan menarik daripada kumpulan Caliph Busker.

Pasangan mempelai dirai meriah dengan kehadiran rakan selebriti seperti Diana Rafar, Iqram Dinzly, Erin Malek, Nora Danish, Scha Alyahya, Fasha Sandha dan ramai lagi.

Jom kita saksikan foto-foto majlis resepsi pasangan ini. – MYNEWSHUB.CC



1respesihanezromie

2respesihanezromie

5respesihanezromie8respesihanezromie10respesihanezromie

9respesihanezromie

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori