Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan PH Tukar Gelas...

CUMA tukar gelas baharu tapi airnya tetap kotor. Itu perumpamaan yang dinyatakan oleh...

Pesawat Taiwan Terhempas, Video...

Dua keping gambar saat-saat akhir sebelum pesawat TransAsia Airways Taiwan terhempas ke dalam...

BN Yakin Tawan Semula...

KUCHING - Barisan Nasional (BN) Sarawak yakin dapat menawan semula kerusi yang tewas...

Cabul: Shahidan Sah Beri...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini tampil...

Kerja Tak Penat Tapi Gaji RM14,000… Anda Mahu?

WALAUPUN ditawar gaji £40,000 (RM 14,000) sebulan, namun tiada siapa mahu melakukan kerja ini.

Ini kerana kerja yang ditawarkan ini adalah sangat sukar dilakukan, iaitu menentukan jantina anak ayam yang baru menetas.

Industri ternakan di United Kingdom sedang mengalami masalah mencari pekerja yang sanggup melakukan pekerjaan ini.

Ia mengambil masa tiga tahun untuk mempelajari perbezaan kecil antara ayam jantan dan betina walau kebiasaannya hanya tiga hingga lima saat diperlukan untuk menentukan jantina ayam-ayam tersebut.

Setiap hari antara 800 hingga 1,200 anak ayam perlu di tentukan jantinanya dengan ketepatan antara 97 hingga 98 peratus.

Ketua Eksekutif, Majlis Ternakan Ayam British, Andrew Large berkata, ia mengambil masa tiga tahun untuk melatih seseorang itu untuk mempunyai kepekaan dalam menentukan jantina anak ayam namun tak ramai orang mahu menghabiskan masa mempelajari kemahiran tersebut.


“Saya rasa masalahnya adalah kerja itu sendiri. Anda menghabiskan masa berjam-jam sehari hanya untuk merenung bahagian belakang ayam. Dan ini bukanlah satu benda yang menarik untuk dilakukan.

“Di Asia Tenggara pekerjaan menentukan jantina anak ayam adalah pekerjaan status tinggi manakala di United Kingdom ia lebih cenderung menjadi bahan jenaka,” katanya, dipetik Metro.uk.

– Sinar Harian Online

http://youtu.be/g6XktEN_bos

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori