BROOKLYN Beckham, 16, anak sulung kepada bintang terkenal bola sepak, David Beckham, kini mula menceburi bidang modelling mengikut jejak langkah ahli keluarganya yang lain.
Remaja yang mula jadi kegilaan ramai itu nampaknya menapak selepas bergelar model bagi pakaian sukan jenama Reserved.
Brooklyn kelihatan sangat bersahaja dan cool sama seperti adiknya, Romeo Beckham, 12, yang kerap menjadi model untuk jenama Burberry.
Namun, ini bukanlah pengalaman pertama Brooklyn yang juga anak kepada bekas ahli kumpulan Spice Girls dan juga pereka fesyen terkenal, Victoria Beckham.
Dia telah memulakan langkah sebagai model sambilan sejak Mac tahun lalu untuk majalah Man About Town.
– MYNEWSHUB.CC