Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Mahkamah: 2 Lelaki Bangladesh...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar kolej dan pelayan bar warga Bangladesh didakwa di...

Ambil Anak Di Taska...

SHAH ALAM - Seorang lelaki berkongsi beberapa keping gambar di media sosial yang...

Seleweng Dana Latihan RM4...

PUTRAJAYA - Dua pegawai kanan termasuk pengarah urusan sebuah anak syarikat Felcra Berhad...

Tahniah…King Coco Selamat Timang...

SEKALUNG tahniah diucapkan buat pasangan King Coco dan Captain Azrin yang baru sahaja...

Gambar Doktor Bersedih Kematian Pesakit Jadi Viral

CALIFORNIA – Sayu memandang gambar ini yang memaparkan seorang doktor sedang bersedih atas kematian pesakitnya yang baru berusia 19 tahun.

Gambar dirakamkan seorang pekerja teknikal perubatan di unit kecemasan sebuah hospital di selatan California, Amerika Syarikat ini menjadi viral selepas ia dikongsi di laman Reddit.

Dalam imej ini, doktor terbabit dilihat menundukkan badan dengan sebelah tangan memegang dinding, tanda beliau amat bersedih.

“Lelaki ini tidak dapat menyelamatkan pesakitnya. Meskipun ia merupakan perkara biasa dalam bidang perubatan dan kerja kami, namun baginya ia merupakan satu perkara menyakitkan.

“Kebiasaannya kami kehilangan pesakit akibat usia tua atau kerana sakit atau gabungan kedua-duanya tetapi dalam kes ini, doktor tersebut kehilangan pesakit yang masih muda, berusia 19 tahun,’’ kata Nick yang menggunakan nama NickMoore911 di laman sosial.


Menurutnya selepas beberapa minit bersedih, doktor tersebut masuk kembali ke unit kecemasan untuk meneruskan kerjanya.

Nick mengakui dia telah mendapat kebenaran untuk memuat naik gambar itu di Reddit dan berbuat demikian kerana percaya kerjaya doktor merupakan profesion yang berdepan dengan hidup dan mati.

– MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/lBPKb51TWhQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori