SEJAK semalam, sekeping gambar memaparkan dua anggota dari Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Butterworth yang terlelap ketika bertugas telah tersebar sekaligus mencetuskan sensasi dan mendapat kritikan orang ramai.
Susulan itu, pihak polis Pulau Pinang dilaporkan telah mengambil tindakan terhadap dua anggota tersebut.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi (gambar) susulan tersebarnya foto tersebut, satu kertas siasatan tatatertib telah dibuka untuk tindakan disiplin.
Ujarnya dalam satu kenyataan hari ini, “Sementara menunggu siasatan dan keputusan tindakan disiplin, dua anggota itu diarah bertukar dalam tempoh 24 jam ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU).
ARTIKEL LAIN: Pegawai Polis Mengaku Tidak Bersalah Pikat Isteri Guru
“Saya memandang serius perkara itu dan tindakan tegas akan diambil,” ujar beliau.
Dalam foto tersebut, anggota polis lelaki dan wanita yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan dilihat tidur tanpa menyedari gambar mereka diambil.
Gambar itu kemudiannya dikongsikan di laman sosial membuatkannya tersebar termasuk menerusi aplikasi Whatsapp.
Rata-rata mengecam perbuatan dua anggota tersebut yang menjejaskan integriti badan berkuasa ketika menjalankan tugas.
– MYNEWSHUB.CC
Polis Trafik Dirempuh Di Jalan Semantan
https://www.youtube.com/watch?v=FqS9fQcqInw