Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kandungan Cecah 5 Bulan,...

PENGACARA jelita, Elaine Daly mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama yang mana...

Lokman Adam Ahli Politik...

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor...

AEON Mall Kota Bharu...

KOTA BHARU - AEON Mall Kota Bharu yang bernilai RM300 juta akan memulakan...

Teliti Pelbagai Perkara Sebelum...

PAGOH : Kerajaan perlu meneliti pelbagai perkara sebelum mengambil keputusan sama ada mahu...

Gangguan Bekalan Air Dijangka Pulih Pagi Esok – Syabas

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menjangkakan gangguan bekalan air di 406 kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang sejak petang semalam akibat pencemaran Sungai Semenyih akan pulih sepenuhnya pagi esok.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata, masih terdapat beberapa kawasan masih terjejas bekalan air walaupun selepas Loji Rawatan Air (PRA) Sungai Semenyih kembali beroperasi pukul 9.30 malam tadi.

“Sehingga pukul12 tengah hari hari ini, situasi sudah bertambah baik, namun masih ada lagi kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya. Bagi Petaling, 96 peratus daripada kawasan yang terjejas telah mendapat semula bekalan air masing-masing, Hulu Langat (52 peratus), Kuala Langat (98 peratus) dan Sepang (64 peratus).

“Pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat dan mengambil masa yang lama terutama bagi kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan.
Dengan ketiadaan sumber bekalan air alternatif yang boleh disalurkan ke kawasan yang terlibat dan bergantung kepada tahap penggunaan air pengguna, Syabas menjangkakan ianya memerlukan sehingga awal pagi 9 Mac 2015 untuk bekalan air pulih sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mynewshub.cc pagi ini melaporkan gangguan bekalan air sebanyak dua kali di beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat dan Sepang akibat pencemaran di Sungai Semenyih baru-baru ini berulang lagi semalam.


Situasi itu disebabkan operasi LRA Sungai Semenyih terpaksa ditutup sekali lagi bermula pukul 5 petang semalam selepas operasi loji tersebut ditutup pada 15 Februari dan 3 Mac lalu akibat pencemaran itu.

Penutupan operasi LRA itu menjejaskan bekalan air kepada lebih 400,000 buah rumah.

Priscilla dalam pada itu meminta pengguna mengakses maklumat terperinci status pemulihan bekalan air mengikut kawasan masing-masing melalui laman web www.syabas.com.my atau melalui aplikasi telefon pintar mySYABAS yang boleh dimuat turun menggunakan Google Playstore atau Appstore dan Portal Pengguna Syabas. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori