Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tiada Arahan Kemas Kini...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin...

UMNO PP Tiada Kaitan...

BUKIT MERTAJAM -- Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menegaskan bahawa ia tidak mempunyai...

Ganja: Polis Perketat Kawalan...

MELAKA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan pintu sempadan Malaysia-Thailand selepas negara...

Industri Animasi Tempatan Catat...

KUALA LUMPUR - Sektor animasi kreatif tempatan negara mencatat pertumbuhan memberangsangkan dengan nilai...

‘Gantung Sampai Mati Belum Menakutkan’

SEREMBAN – Sehingga kini terdapat 3,276 banduan masih menunggu hukuman gantung sampai mati, atas hukuman mengedar dadah di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hukuman gantung sampai mati belum dapat menakutkan mereka untuk tidak melakukan kegiatan itu.

Katanya, 42 peratus daripada 49,200 banduan seluruh negara adalah pesalah bersabit akta dadah merbahaya.

“Jumlah besar ini disebabkan ada individu yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengupah peguam termahal dan terhebat, semata-mata mahu melepaskan mereka,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan di sini, semalam.

Beliau berkata, terdapat pelbagai usaha dilakukan kementerian termasuklah dalam bentuk perundangan seperti Langkah-Langkah Pencegahan Khas, pembanterasan dan juga pemulihan oleh agensi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi mengurangkan jumlah penagih dadah di seluruh negara.


“Namun jumlah mereka berdaftar dengan AADK setiap tahun meningkat, dan ini membimbangkan,” katanya.

Statistik menunjukkan pada 2012, jumlah mereka yang berdaftar 15,101, namun meningkat kepada 20,887 pada tahun 2013 dan 21,227 pada 2014.

“Draf peningkatan ini perlu diubah dan kerajaan sangat memerlukan kerjasama semua pihak termasuk masyarakat dalam bersatu membasmi dadah,” katanya. – Sinar Harian Online

https://www.youtube.com/watch?v=n9q2acR1Lj8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori