BUKAN tak biasa kita mendengar kes-kes objek jijik yang ditemui dalam makanan atau minuman seperti bangkai binatang, ketulan hitam dan sebagainya.
Tak kira daripada barang makanan berjenama hinggalah ke kedai makan, memang ada sahaja ceritanya.
Menerusi satu perkongsian di laman sosial oleh Yus Beger ini, dia turut mengalami pengalaman menjijikkan itu di sebuah kedai makan yang terletak di Semenyih, Selangor.
Cerita Yus, pada malam itu dia begitu memuji air Milo yang dipesan kerana dirasakan berbeza dan enak sekali.
Bagaimanapun, setelah beberapa sedutan dia menyedari terdapat objek aneh berupa bangkai seekor cicak mula kelihatan dalam gelas minuman berkenaan.
Apa yang paling menyakitkan hati, mereka tetap membayar harga makanan dan minuman tanpa pengurangan atau dengan kata lain, tidak ada inisiatif peniaga terbabit untuk menjaga hati pelanggan.
Pastinya pengalaman ini menjadi mimpi ngeri buat Yus dan keluarga yang sudah tentu tidak akan kembali menjamu selera di kedai tersebut lagi.
Sepatutnya kedai makan semacam ini jangan diberi muka, kena berkeras sikit supaya hak pelanggan dapat ditegakkan.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=CENF5fqqa_s