Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Setahun Pun Belum Tentu...

Bencana banjir yang melanda negara hujung tahun lepas kini dilihat sudah semakin pulih...

Pemuda PAS Ikrar Berdiri...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan tetap berdiri teguh disisi...

JDT Lebur Rekod ‘Kebal’...

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim meleburkan rekod tanpa kalah Sri Pahang FC...

Sudah 2020 Tapi Masih...

KUALA LUMPUR - Sambutan ambang tahun baru 2020 awal pagi semalam bukan sahaja...

Gerakan Guling Hadi Awang Wujud Sejak Dahulu – Nik Abduh

Tidak dapat disangkal lagi, ura-ura tentang usaha menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah bermula sejak dahulu lagi. Itu pendedahan yang dilakukan Ahli Jawatankuasa PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Melalui entri yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, anak kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu turut berkata, ada segelintir pihak yang menjadi ‘gunting dalam lipatan’ dan melakukan gerakan tersebut secara sembunyi dan berselindungkan kebaikan.

[TERDAHULU – Hadi Awang Bakal Dicabar Lebih Seorang, Ramal Pemimpin PAS]

MOLE7002.storyimage

Tulisny, “Siapa pun boleh berkata, tiada sebarang usaha gulingkan TGHH sebagai presiden PAS. Tetapi tiada siapa pun boleh menyekat kebenaran hakikat itu daripada didedahkan.

“Siapa pun boleh berkata, ‘marilah kembali tautkan ukhuwwah Islamiyah’. Tetapi tiada siapa pun boleh menyembunyikan hakikat bahawa kadang-kadang kalimah keramat itu adalah bertujuan menutup kekejian yang kian terdedah.”

Untitled (1)

Selain itu, dalam entri sama, Nik Abduh turut mengaitkan kepincangan dalam kalangan orang bawahan PAS berpunca dari sesetengah pemimpinnya sendiri.

“Jangan dicabar anak-anak di bawah yang hidup terfitnah atas kesalahan kita sendiri. Kita yang di ataslah yang memulakan fitnah dan kemelut yang bermula daripada ‘kerja-kerja bodoh dalam PAS’ yang berusaha memisahkan almarhum ayahanda TGNA daripada presiden PAS sejak bertahun dulu.

“Mahu nafikan usaha buruk itu?? Jika anda bermati-matian mahu nafikan, saya hidup-hidup akan istiqamah membenarkan apa yang saya kata.”

MUKTAMAR_PAS_60TH_200914_TMINAZIRSUFARI_30


Lantas, Nik Abduh melontarkan amarannya kepada sebilangan pihak dalam parti Islam itu yang menyebarkan fitnah atas dasar melunaskan tujuan mereka.

“Fitnah itu tidur dengan kehendak Tuhannya. Bila ia dibangkitkan, tiada siapa boleh tidurkannya lagi. Biarkan ia berlalu pergi dan anda hanya perlu berpaut pada dahan yang kukuh. Keselamatan diri adalah lebih utama.

“Petunjuk Allah adalah jelas pada hari fitnah. Semakin anda memberanikan diri, semakin anda dilitupi debu dan asap. Justeru ‘Takutilah fitnah..’ dengan kembali mentaati Allah, al Rasul dan ‘ulil amri minkum’. Sunnah al khulafa’ al Rasyidin adalah petunjuk sepanjang zaman.”

Dalam pada itu, Nik Abduh turut menyeru agar semua ahli PAS untuk kembali mentaati kepimpinan yang diterajui Hadi Awang dan arah tuju perjuangan parti.

“Nasihat saya, kembalilah taat kepada kepimpinan presiden dan hala tuju perjuangan PAS yang dipilih oleh ketua dan Majlis Syura Ulama. Ketaatan pada ketua adalah ibadah kepada Allah.”

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Amanat Terakhir Nik Abdul Aziz – Nik Mohamad Abduh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori