Mengejutkan! Andaian ramai bahawa pembantu juruterbang pesawat Airbus A320 bertanggungjawab terhadap kecelakaan yang meragut kesemua 150 nyawa penumpang pada Selasa lalu, makin menampakkan kebenaran.
Menurut sebuah akhbar tabloid Jerman, Bild, individu tersebut, Andreas Lubitz, 27, pernah menerima rawatan tekanan mental sekitar enam tahun lalu kerana menghadapi kemurungan serius.
[TERDAHULU: Germanwings – Pilot Terkunci Luar Kokpit Sebelum Nahas!]
Sebelum ini, pihak pakar yang menganalisis suara perakam membuat kesimpulan bahawa Lubitz bersendirian di dalam kokpit dan menghalang juruterbang untuk masuk beberapa ketika sebelum pesawat itu menjunam dan menghempas permukaan kawasan pergunungan Alps.
Tambah akhbar itu lagi, individu tersebut menjalani rawatan selama setahun setengah sebelum kembali pulih.
Lantas itu, dokumen-dokumen tentang rawatan yang diterimanya dahulu diserahkan kepada pihak penyiasat Perancis setelah disemak oleh pihak berkuasa Jerman.
Dalam laporan media antarabangsa, Lubitz dikatakan telah meletakkan penerbangan dalam ‘mode’ manual sebelum memulakan prosedur terbang menurun dan tidak memberikan sebarang respons terhadap kru yang cuba memecahkan pintu untuk masuk ke dalam.
– MYNEWSHUB.CC
Laporan Berita Antarabangsa – Profil Pembantu Juruterbang Germanwings Didedahkan