Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mesti Baca! Pertelingkahan Di...

SEJAK semalam, media sosial dan aplikasi Whatsapp diasak pelbagai khabar angin tentang isu...

Khalid Bersara Sebagai Ketua...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Khalid Abu Bakar akan menamatkan perkhidmatannya secara rasmi...

Pramugari SIA Kelahiran P.Pinang...

SINGAPURA - Seorang pramugari Singapore Airlines (SIA) yang berasal dari Pulau Pinang, ditemukan...

Khairul Hafiz Azam Catat...

KOTA TINGGI – Jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan berhasrat untuk melakukan catatan...

Germanwings: Lubitz Dirakam Suruh Juruterbang Ke Tandas

MNURUT laporan pakar penyiasat, suspek utama yang menyebabkan terhempasnya pesawat Germanwings, Andreas Lubitz berkali-kali meminta juruterbang pesawat itu, Kapten Patrick Sondheimer untuk ke tandas.

Bukti tersebut didedahkan setelah transkrip penuh perakam suara dari kotak hitam (CRV) pesawat A320  dianalisis, lantas menyaksikan dia berkemungkinan menjadi punca kematian kesemua penumpang berjumlah 150 orang.

[BACA INI: Germanwings – Co-Pilot Kata Semua Orang Akan Tahu Namanya]

Rakaman bermula apabila Kapten Sondheimer memohon maaf kepada para penumpang kerana penerbangan pesawat tertunda hampir setengah jam dan berjanji untuk melancarkan perjalanan menuju Dusseldorf.

Memetik laporan dari akhbar Jerman, Bild, setelah memulakan perjalanan selama 20 minit, Lubitz menyuruh Kapten Sondheimer agar ke tandas dan berkata dia akan menggantikan lelaki itu mengendalikan penerbangan.

Tepat jam 10.27, setelah pesawat mencecah altitud 38,000 kaki, Kapten Sondheimer membuat arahan pertama untuk persediaan mendaratkan pesawat di Dusseldorf.

27056F7B00000578-3016466-image-a-3_1427615705417

Pakar penyiasat berkata, dalam rakaman berkenaan, kedengaran jawapan dari Lubitz yang berkata, ‘hopefully‘ dan ‘we’ll see‘.


Tak lama selepas selesai membuat arahan, Sonheimer beredar untuk ke tandas sebelum Lubitz bertindak mengunci pintu kokpit dan mengubah sistem autopilot turun ke paras 100 kaki dari paras asal 38,000 kaki.

Beberapa minit kemudian, pintu kokpit kedengaran diketuk dengan kuat sambil seseorang yang dipercayai juruterbang pesawat itu menjerit dari luar, “Open the goddamn door!”

Laporan turut menyatakan, pintu tersebut diketuk dengan satu alat dipercayai kapak bagi membolehkan juruterbang mengakses masuk ke kokpit semula namun semuanya sudah terlambat.

– MYNEWSHUB.CC

Rakaman Audio Kokpit 60 Saat Sebelum Pesawat Germanwings Terhempas

https://www.youtube.com/watch?v=2BWM1UnRxrE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori