KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad meminta ahli parti itu tidak bimbang dengan masalah dalaman yang sedang dihadapi PAS.
Beliau mendakwa, PAS akan selamat kerana golongan yang tidak ikhlas dalam parti itu atau mempunyai agenda tersendiri lambat laun akan tercicir daripada parti berkenaan.
“Usah bimbang dan resah dengan apa yang berlaku di dalam jamaah, InsyaAllah jamaah akan selamat. Siapa yang tidak ikhlas dan mempunyai agenda tersendiri akan tercicir daripada perjuangan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Idris berkata, masih ramai ahli PAS yang ikhlas dan karamah dan doa golongan tersebut mustajab.
PAS mengalami konflik dalaman berikutan percanggahan yang sedang berlaku diantara golongan pro profesional dan pro ulama dalam menentukan hala tuju parti itu.
Terbaru desas-desus untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga merupakan seorang ulama dalam parti itu dipercayai didalangi oleh kumpulan pro profesional tersebar. – mynewshub.cc