Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

5 Perangai Wanita Yang...

KUNCI utama kebahagiaan rumahtangga adalah saling percaya dan saling menyayangi antara pasangan suami...

Utamakan Keselamatan Rakyat ...

PASIR MAS - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meletakkan kedaulatan negara dengan terlebih dahulu...

Pelajar 12 Tahun Maut...

GARA-GARA terlalu leka berselfie, seorang pelajar perempuan menemui maut dengan cara amat tragik...

Jason Derulo, Jordin Sparks...

PASANGAN penyanyi popular, Jason Derulo dan Jordin Sparks akhirnya mengambil keputusan membawa haluan...

Guardini Juara Peringkat Kedua, Kekal Jersi Kuning Dan Biru

SUNGAI PETANI – Pakar pecut Astana Pro Tour Team, Andrea Guardini sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila memenangi peringkat kedua perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-20 hari ini.

Selepas melakarkan rekod baharu LTdL dengan kemenangan ke-15 buat dirinya selepas peringkat pertama semalam, pelumba Itali berusia 25 tahun itu meneruskan kayuhan cemerlang untuk mengungguli peringkat kedua dari Alor Setar ke Sungai Petani.

Sejak beraksi dalam LTdL sejak 2011, Guardini telah merakaman kemenangan lima peringkat pada edisi 2011, enam pada 2012 dan tiga peringkat tahun lepas.

Walaupun terperangkap dalam kelompok pelumba, Guardini berjaya melepasi halangan itu sebelum melakukan pecutan sehingga ke garisan penamat dalam saingan sejauh 185km dengan mencatatkan masa masa empat jam 30 minit dan 36 saat.

Cuaca panas diselangi dengan hujan renyai-renyai di beberapa kawasan tidak menjejaskan tumpuan Guardini sepanjang saingan sengit oleh pelumba lain yang melakukan penamat beramai-ramai.

Selain mengekalkan jersi kuning selaku pendahulu utama keseluruhan, Guardini juga mengekalkan jersi biru, selaku Raja Pecut dengan menambah 15 mata selepas melalui tiga zon pecutan di Pokok Sena, Kuala Nerang dan Tandop Besar.


Jawatankuasa Teknikal turut merakamkan catatan masa sama bagi sembilan lagi pelumba yang sampai ke garisan penamat secara beramai-ramai.

Mengenai kejayaan dua peringkat berturut-turut, Guardini menyifatkan perlumbaan hari ini bukan mudah kerana beliau terpaksa mengejar beberapa pelumba yang melakukan pecahan awal sebelum melakukan kejutan di peringkat akhir.

“Hujan renyai-renyai sebelum itu juga menjadikan pelumba terpaksa lebih berhati-hati menunju ke garisan penamat dan saya bangga kerana dapat sentuhan akhir untuk menjuarai perlumbaan ini,” katanya.

Guardini menyifatkan pelumba Australia, Caleb Owen daripada pasukan Orica GreenEdge sebagai pencabar sengit bagi dirinya dan menjangka pasukn itu akan mula ‘bersinar’ pada perlumbaan esok berikutan beberapa zon pendakian pada awal perlumbaan.

Kesemua 131 pelumba akan memulakan perlumbaan Peringkat Ketiga dari Gerik ke Tanah Merah, dengan jarak 170km, dengan tiga zon pecutan di Banding, Batu Melintang dan Jeli di samping dua zon pendakian di Gerik dan banjaran Titiwangsa. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LTdL

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori