PETALING JAYA – Seorang pemimpin kanan PAS meramalkan jawatan Presiden akan dipertandingkan pada pemilihan parti itu yang akan datang.
Beliau menjangkakan lebih daripada seorang calon akan mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatannya.
Mengambil kira pandangan di peringkat akar umbi, terdapat beberapa pencalonan untuk jawatan tertinggi, kata seorang pemimpin yang tidak mahu dikenali.
“PAS amat demokratik dan akan berlaku saingan sengit pada kali ini kerana terdapat banyak isu di dalam parti,” katanya.
Beliau mengulas ramalan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali bahawa jawatan No.1 tidak akan dipertandingkan kerana tiada calon berkemampuan di dalam parti untuk menandingi Hadi yang mendapat sokongan golongan pro-ulama.
“Biar jawatan presiden dipertandingkan. Dari segi perlembagaan, semua jawatan eksekutif terbuka kepada pencalonan dan dipertandingkan. Ini adalah apa yang anda semua sebut sebagai demokrasi,” katanya.
BACA JUGA: Hadi Dijangka Menang Tanpa Bertanding – MustafaÂÂ
Hadi tidak pernah dicabar sejak beliau memegang jawatan sebagai Presiden berikutan kematian Datuk Fadzil Noor pada 2002.
Pemimpin tersebut berkata sebuah pertandingan adalah mekanisme penting penyemak dan pengimbang untuk membawa mana-mana parti politik ke hadapan.
– mStar Online
https://www.youtube.com/watch?v=y00-2fBmAxQ