Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Penjawat Awam Terima Tekanan...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menafikan dakwaan pihak pembangkang...

Trump Arah Guantanamo Terus...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menandatangani arahan eksekutif untuk...

Wawasan 2020 Boleh Dicapai...

TOKYO – Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang memperkenalkan Wawasan 2020, berkata matlamat wawasan...

Seleweng Pinjaman Mara, 5...

PUTRAJAYA - Lima ahli perniagaan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu...

Hadi Awang Akan Teruskan Hasrat Bentang Hudud Di Parlimen

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan meneruskan hasratnya untuk mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud pada persidangan Parlimen akan datang.

Beliau berkata, rang undang-undang yang akan dikemukakan bukanlah rang undang-undang hudud, sebaliknya pindaan dalam Akta Mahkamah Syariah.

“Tujuan rang undang-undang itu dibentangkan untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan beberapa aspek Syariah dapat dilaksanakan untuk penganut Islam.

“Sebagai makhluk berilmu, bertamadun serta matang, mereka terlebih dahulu perlu mendengar apa yang akan dikemukakan dan jangan terus melompat dan bertempik gegak gempita memberikan kritikan tanpa mengetahui hujung pangkalnya,” katanya melalui akaun laman sosial Facebooknya hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, mereka yang bercadang untuk membahas atau membicarakan tajuk itu jangan menjadi seperti burung kakak tua yang hanya pandai menyebut kalimah seperti diajar tuannya.


“Burung kakak tua walaupun pandai menyebut kalimah seperti diajar tuannya, tetapi tetap berstatus binatang tanpa akal dan tidak memahami hakikat atau tasawwur daripada perkataan diucapkan.

“Maka menjelaskan dengan ilmu yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah adalah sangat penting,” katanya.

BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori