Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pemuda PAS Tuntut Nga...

KOTA BAHARU - Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini menuntut anggota Parlimen Taiping,...

Tentera Darat Israel Serbu...

BAITULMAQDIS: Tentera darat Israel yang beroperasi di utara Semenanjung Gaza, hari ini menyerang...

Tiada Sekatan Penerbangan Dari...

SEREMBAN - Kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk menyekat kemasukan penerbangan dari China...

Prestasi Kewangan KUIN Tidak...

ALOR SETAR - Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3 mendedahkan prestasi kewangan...

Tolak Hudud: Kit Siang Ungkit ‘Janji Lama’ Abdul Hadi

KUALA LUMPUR – DAP mengingatkan PAS bahawa presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawa hudud hanya boleh dilaksanakan jika masalah pengangguran dan gaji minimum di negara ini diselesaikan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Abdul Hadi membuat kenyataan itu pada Mei 2012 di Hulu Terengganu, Terengganu semasa menyebut tentang syarat-syarat pelaksanaan hudud.

“Kami (DAP) justeru tidak boleh bersetuju dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh kerajaan PAS Kelantan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang dalam pada itu menegaskan, pendirian DAP terhadap hudud adalah jelas, berterusan dan konsisten iaitu pelaksanaan hudud bertentangan dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Tegasnya, pelaksanaan hudud juga tidak termasuk dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.yang dipersetujui oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat selama ini.


“DAP menggesa pimpinan Pakatan Rakyat dan penyokongnya kembali kepada asas Pakatan Rakyat dan mengukuhkan komitmen terhada[Rancangan Lapan Tahun Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dengan mengenepikan semua perbezaan termasuk isu kontroversi pelaksanaan hudud di Kelantan sehingga selepas tahun 2018,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=l7uikl9jaY8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori