Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 502,000 Kaum India...

KUALA LUMPUR - Seramai 502,246 masyarakat India menerima manfaat daripada RM230 juta peruntukan...

Merokok, Guna Telefon Bimbit...

IPOH : Merokok semasa memandu dan menggunakan telefon bimbit antara 12 kesalahan yang...

Pembunuhan Jamal Khashoggi Satu...

SHAH ALAM ā€“ Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pembunuhan wartawan Jamal...

Tiada Ancaman Militan Di...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Harga Ikan Patin Tetap RM15 Sekilo

TEMERLOH – Koperasi Penternak Ikan Patin Temerloh tidak bercadang menaikkan harga ikan sungai itu walaupun kini berdepan kekurangan bekalan kerana musim kemarau.

Pengerusinya, Abu Hanifah Majid berkata, setakat ini anggota koperasi itu masih menjual ikan patin pada harga RM15 sekilogram.

“Jika ada yang menjual dengan harga mahal, mungkin mereka bukan anggota koperasi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abu Hanifah yang juga Pengerusi Persatuan Peladang Kawasan Temerloh turut mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga ikan patin sesuka hati walaupun ia bukan barang kawalan.


“Jangan sewenang-wenangnya menaikkan harga ikan…kos menternak seekor ikan patin sehingga matang 6 bulan hanyalah sebanyak RM8 sahaja,” katanya.

Beliau turut meminta penternak yang masih belum mendaftar sebagai anggota persatuan dan koperasi, supaya berbuat demikian kerana pelbagai manfaat menanti mereka termasuk diberi bantuan bekalan benih ikan, makanan ikan serta peralatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori