Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Majlis Presiden PN Puas...

SHAH ALAM - Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyambut baik taklimat mengenai...

Inisiatif QRT Imigresen Tangani...

SEPANG : Penugasan anggota Pasukan Tindakan Pantas (QRT) Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang...

Tiga Pelajar Maut Tembok...

JAKARTA - Tiga pelajar maut manakala dua lagi cedera selepas tembok sempadan sebuah...

Polis Kenal Pasti 4,000...

KUALA LUMPUR - Polis sudah mengenalpasti baki 4,000 peserta perhimpunan tabligh di Masjid...

Harga Rumah PR1MA Tidak Akan Naik Selepas GST

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan harga rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) tidak akan dinaikkan meskipun selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan mulai 1 April.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata, diskaun sebanyak 20 peratus daripada harga pasaran itu akan terus dilaksanakan.

“Tiada sebab mengapa rumah PR1MA nak dinaikkan, lebih-lebih lagi bahan bahan, kos bina rumah itu tidak termasuk dalam senarai kenaikan harga dan sebagainya,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) yang ingin tahu sama ada pelaksanaan GST akan menyebabkan kenaikan harga rumah PR1MA dan seterusnya memberi kesan terhadap projek PR1MA pada masa depan.


Mengenai projek PR1MA yang sedang dan akan dibina Shahidan berkata sehingga kini PR1MA sudah meluluskan 119,933 unit rumah merangkumi 95 projek di seluruh negara.

“Jumlah unit pembangunan dan projek ini sentiasa berubah dan meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan kekerapan mesyuarat anggota perbadanan PR1MA yang giat diadakan,” katanya.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori