Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pertemuan Bersejarah Pope, Syeikhul...

VATICAN CITY - Pope Francis memeluk erat Syeikhul Al-Azhar dari Kaherah, Mesir dalam...

Speaker Nafi Keluar Surat...

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan mengeluarkan surat...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut (kategori pertama) dengan kelajuan 40-50 kilometer...

Walau Tren Rosak Rakyat...

RAKYAT Jepun diketahui umum kebanyakannya amat menitikberatkan disiplin. Perkara ini turut terbukti apabila beredar...

Jual 50Kg Bakso Daging Babi Hutan Setiap Hari

SUKABUMI – Pihak polis Kota Sukabumi di Jawa Barat berjaya membongkarkan satu sindiket yang mengedarkan bakso daging babi hutan.

Pegawai Polis Kota Sukabumi, Diki Budiman berkata, sindiket itu terbongkar selepas polis menyerbu beberapa gudang dan penjual bakso di Citamiang, Baros dan Cibeurem.

“Dalam serbuan itu kami berjaya merampas kira-kira 70 kilogram daging babi hutan yang sudah dikisar untuk dijadikan bahan membuat bakso,” katanya.

Ujarnya, polis menahan tiga suspek yang dipercayai menjadi dalang mengedar daging babi hutan itu untuk dijadikan bakso.

Suspek juga mengaku sebahagian daripada bakso yang dirbuat daripada daging babi hutan itu sudah dimakan orang ramai.

Seorang lagi pegawai polis, Sulaeman Salim berkata, daging babi hutan itu dipercayai diseludup masuk dari wilayah Tangerang di Banten.


“Kami masih menyiasat kes ini dan memburu individu yang membawa masuk daging babi hutan ini,” katanya.

Tambahnya, bakso daging babi hutan itu diedar sehingga ke beberapa wilayah di Kabupaten Sukabumi dan harga setiap peket bakso itu adalah murah.

Seorang suspek mengaku sudah mengedar bakso daging babi hutan itu selama enam bulan.

Ujarnya, setiap hari dia menjual hampir 50 kilogram bakso daging babi. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori