Harare (Zimbabwe) – Seekor gajah antara hidangan eksotik bernilai AS$1 juta (RM3.61 juta) yang dibelanja kerajaan untuk satu majlis menyambut ulang tahun kelahiran ke-91 Presiden Robert Mugabe.
Gajah itu ditembak mati dan dagingnya dijamu kepada hampir 2,000 tetamu yang hadir ke majlis pemimpin berkenaan.
Seekor lagi gajah dijangka ditembak bagi menjamu penduduk setempat.
Gajah itu dan beberapa haiwan lain seperti singa serta buaya didermakan seorang peladang bagi menghormati Mugabe.
Sebanyak 40 ekor lembu dibunuh bagi menjamu pegawai kerajaan Zimbabwe dalam satu majlis di Victoria Falls, semalam.
Mugabe menyambut ulang tahun kelahirannya ke-91 pada 21 Februari lalu dan mula memerintah negara itu pada Disember 1984.
Beliau kurang disenangi negara Barat kerana terkenal dengan tindakan kejam terhadap parti pembangkang dan sering merampas tanah milik peladang berkulit putih.
Pemimpin Afrika paling lama memerintah itu masih dihormati di rantau itu.
Zimbabwe antara negara paling kaya di Afrika, tetapi dasar ekonomi Mugabe menyebabkan ekonomi negara itu merudum. – Agensi
KAIN rentang menghebahkan sambutan ulang tahun kelahiran Mugabe dipasang di luar sebuah hotel.