Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

RM1 Juta Untuk Pendidikan...

GENTING HIGHLANDS - Eu Yan Sang dan Kumpulan Genting masing-masing berikrar untuk menyumbang...

Malaysia Bebas Rabies, Dr....

KUALA LUMPUR - Malaysia adalah negara bebas penyakit rabies (anjing gila) mengikut rekod...

Pengeluaran Surat Kuning Disiasat...

IPOH - Polis mula memanggil pihak tertentu untuk memberi keterangan berhubung isu 'surat...

Bekas CEO TH Heavy...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH Heavy Engineering Bhd (THHE) diperintah...

Hukuman Penjara 2 Tahun Bekas Pemandu Bas Sekolah Kekal

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang bekas pemandu bas sekolah atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang anggota tentera dan isterinya yang hamil, tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim menolak rayuan Samad Din, 67, terhadap sabitan dan hukuman itu selepas mendapati rayuan tersebut tidak mempunyai merit.

Dalam penghakimannya, beliau berkata mahkamah bersetuju dengan hukuman penjara yang diputuskan oleh Mahkamah Trafik sebelum ini dan adalah selamat untuk mengekalkan sabitan itu.

Pada 5 Sept 2014, Mahkamah Trafik menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM6,000 terhadap Samad selepas didapati bersalah atas pertuduhan itu sehingga menyebabkan kematian Koperal Mohd Hafeeze Mohd Hanapi, 30, dan isterinya, Siti Nooredayu Roslan, 26, di Jalan Keramat, di sini pada 7 pagi, 1 Ogos 2012.

Samad, yang membayar denda itu, turut digantung lesen memandu selama tiga tahun bermula 5 Sept tahun lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM5,000 dan maksimum RM20,000 serta hilang kelayakan sebagai pemegang lesen memandu tidak kurang lima tahun dan lesen percubaan dibatalkan.


Mengikut fakta kes, bas yang dipandu Samad menjalani pemeriksaan di Puspakom dua bulan sebelum kemalangan namun gagal memperbaharui Sijil Puspakom akibat kerosakan sistem brek.

Ketika kejadian, Mohd Hafeeze dalam perjalanan menghantar isterinya yang hamil tujuh bulan ke tempat kerja sebelum ke Kem Kementah di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abd Razak manakala warga emas itu diwakili peguam Mohd Yusoff Ag. Lah. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=eJNoMsjqJgM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori