Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pemerintah Arab Saudi, Raja...

RIYADH - Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz al Saud mangkat, lapor stesen...

Sah! Datuk Siti Nurhaliza...

KUALA LUMPUR - Sah! Penyanyi Nombor Satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil. Pengesahan...

Amuk Di Hospital Angkara...

CHICAGO - Seorang lelaki yang berang selepas tunangnya membatalkan perkahwinan mereka bertindak menembak...

Jangkitan H1N1 Di Malaysia...

JASIN - Jangkitan H1N1 di negara ini masih terkawal dan Kementerian Kesihatan tidak...

Ibu Bimbang Anak Berusia 7 Tahun Bakal Jadi Pembunuh Bersiri

LONDON – “Saya bimbang saya membesarkan seorang pembunuh bersiri’ itu ketakutan yang disuarakan oleh seorang wanita, Kim yang terpaksa berdepan dengan anak angkatnya, Rylan, yang obses dengan pisau dan darah.

Malah Ryan, yang berusia tujuh tahun itu juga mempunyai rakan khayalan dikenali sebagai Bleeder.

Menurut Kim, dia dan bekas suaminya, Ryan memelihara Rylan sejak bayi lagi. Ibu kanak-kanak itu merupakan penagih dadah.

Namun kini perangai Rylan amat menakutkan malah dia membayangkan bahawa Bleeder mengarahkan dia membunuh seluruh keluarga itu dengan pisau.

“Ketika Rylan berusia 18 bulan, dia akan menahan nafas hingga tidak sedarkan diri.

“Pada usia tiga tahun pula, dia menikam pisau di tembikai dan menjadi semakin ganas,’’ katanya.

Jelasnya, Rylan juga sering bercakap bahawa Bleeder mengarahkan dia membunuh keluarganya dan mahu menikam dada mereka.


“Ketika Rylan berusia enam tahun, dia mengunci diri dari dalam bilik air, dan apabila menemui pisau cukur, dia mencederakan jarinya hanya kerana ingin melihat darah.

“Pada suatu hari, selepas dia menyebabkan bilik air digenangi air, saya mendapati dia menyembunyikan objek tajam seperti pisau cukur, garpu dan batang pen. Saya bimbang dia akan membunuh seseorang,’’ katanya ketika meluahkan perkara itu dalam rancangan Dr Phil.

Kim memberitahu dia dan bekas suaminya telah menempatkan Rylan di tujuh hospital untuk rawatan namun ia tidak memberikan kesan.

Ketika ini, katanya perangai Rylan semakin ganas dan mula memaki hamun mereka sekeluarga.- MYNEWSHUB.cc

https://youtu.be/eu5Wa3rpjYM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori