Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Resipi Kek Cawan Kelapa...

HIDANGAN pencuci mulut ataupun manisan adalah satu kemestian bila tibanya raya. Pelbagai aneka biskut...

Hijabista Terkenal, Shea Rasol...

SEBUT sahaja nama Shea Rasol, mungkin ada sesetengah netizen yang tidak begitu mengenalinya. Namun,...

Rakyat Maghribi Baring, Simbol...

BERDOZEN penduduk Maghribi meniarap di persisiran pantai demi menunjukkan simbol solidariti ke atas...

Pembangunan Modal Insan Berkualiti...

BEAUFORT - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri sentiasa...

Ibu Mertua Upah Pembunuh Upahan Bunuh Menantu

RUSIA – Wanita ini layak digelar ibu mertua dari `neraka’ kerana sanggup mengupah pembunuh upahan untuk membunuh menantu perempuannya

hanya disebabkan dia marah dengan menantunya itu yang mempersenda dan menjadikan dia bahan gurauan.

Tindakan Tatiana Kudinova, 50, yang mengupah pembunuh upahan itu untuk membunuh Roxanne, 30, akhirnya memakan diri sendiri apabila pembunuh tersebut rupanya seorang anggota polis yang membuat penyamaran.

Kudinova mendakwa dia mahu Rozanne dibunuh kerana sering bergurau bahawa dia seorang yang tidak berwang.

Kedua-dua mereka mula bertelagah selepas bergaduh mengenai wang pembayaran satu parti yang dianjurkan.

Kudinova, yang berasal dari Rostov, selatan Rusia, kemudiannya telah menghubungi samseng tempatan dan menawarkan £1,200 untuk membunuh Roxanne.


Menurut polis, Kudinova memberitahu mereka bahawa dia tidak kisah bagaimana menantunya itu dibunuh, asalkan Rozanne mati.

Polis kemudian memalsukan kematian Rozanne dan ketika Kudinova mahu membuat bayaran penuh, dia ditangkap.
Ketika muncul di mahkamah, hakim menyelar Kudinova sebagai seorang yang kejam, sanggup memusnahkan kebahagiaan anak sendiri.

“Kamu sanggup melakukan perbuatan ini hanya disebabkan beberapa gurauan sahaja,’’ kata hakim yang kemudiannya menghumban Kudinova ke penjara selama sembilan tahun.- MYNEWSHUB.cc

https://youtu.be/-bvL9Xe5Iio

  • Lagi berita berkaitan:
  • bunuh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori