Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penetapan Warna Stoking Masih...

PETALING JAYA - Penetapan warna stoking pelajar sekolah akan diputuskan selepas perbincangan dengan...

Generasi Pasca Merdeka Mantap...

KOTA KINABALU - Generasi pasca Merdeka perlu memantapkan diri dengan ilmu dalam semua...

AirAsia Tawar Promosi Jualan...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd (AirAsia) menawarkan promosi jualan istimewa selama 72 jam...

Lelaki Nigeria Bunuh Siti...

SEPANG - Seorang lelaki warga Nigeria yang juga suspek utama dalam kes pembunuhan...

Identiti Juruterbang Jupiter Indonesia Dikenal Pasti

LANGKAWI – Identiti keempat-keempat juruterbang pasukan Jupiter Aerobatic Team dari Indonesia yang terlibat dalam insiden pesawat terhempas pada Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA 2015) hari ini telah dikenal pasti.

Keempat-empat juruterbang Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) dikenali sebagai Arief Hartono, Sri Rahardjo, H.S Romas dan Hunaidi Syarif Romas.

Kesemua mereka hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan itu dan sedang menerima rawatan di Hospital Langkawi.

Sejurus selepas insiden berlaku kira-kira 2 petang, mereka dikunjungi Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Ryamizard Ryacudu.

Ryamizard berada di Langkawi untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) serta LIMA 2015.


Kedua-dua pesawat pasukan Jupiter itu terhempas selepas dipercayai bergeser sesama sendiri ketika mengadakan latihan bersempena LIMA yang akan berlangsung dari 17 hingga 21 Mac ini.

– BERNAMA

https://youtu.be/QYSgDphc7iM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori